Tuesday, May 5, 2015

Wanmommy Boleh !!

6 May 2015 -- Di sini bermula kembali .

Wanmommy kini kembali ke alam blog bersama satu azam untuk terus menulis selagi punya kudrat , InsyaaAllah .

Wanmommy baru sahaja menyambut harijadi ke 50 tahun pada bulan Februari lalu dan kini punya 5 cucu yang kesemuanya lelaki dan cucu yang ke 5 berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Wanmommy . Wanmommy juga sedang kembali pulih dari penyakit stroke yang menyerang Wanmommy 2 tahun lalu . Kini Wanmommy tidak secergas dulu lagi , ada hari bila sakit kaki menyerang , Wanmommy terpaksa bertongkat untuk memudahkan pergerakan . Alhamdulillah Wanmommy boleh memandu kereta ke mana sahaja dan tidaklah jauh terpinggir dari dunia luar .

Wanmommy bersyukur masih dapat menikmati kehidupan ini seadanya , Alhamdulillah . Walau pun kini tiada lagi melancong ke sana sini tapi Wanmommy redha atas ketentuan Ilahi .

Betul selalu orang kata hidup ini ibarat roda , sehari di atas , hari yang lain kita di bawah , begitulah putarannya .

Wanmommy kini lebih kuat menghabiskan sisa hidup ini dan InsyaaAllah Wanmommy boleh laluinya dengan tenang .

Wanmommy Boleh. !!!